Social Icons

Pages

5.26.2012

"AZAM BARU" SEMESTER 3 TAHUN 2

"AZAM BARU" SEMESTER 3 TAHUN 2



Esok, 27 Mei 2012, (Ahad) saya bakal berangkat kembali ke kolej untuk meneruskan lagi perjuangan saya pada semester 3 tahun 2. Daftar pada 28 Mei, Isnin serta ambil slip peperiksaan. hehe.. 

Alhamdulillah dengan result peperiksaan baru-baru ini. Semoga dapat merealisasikan azamku untuk melakar dan mewarnai kecemerlangan dalam meningkatkan kualiti dan potensi sebagai seorang pelajar di kolej dan anak yang solehah di rumah, InsyaAllah.. Walaubagaimanapun, kejayaan tak akan datang melompat ke dalam genggaman kita tanpa hadirnya usaha yang gigih, right?? 

NO PAIN NO GAIN... (^__^)

So, saya nak lakar strategi macam mana nak perbaiki bangunan jadual yang telah saya follow pada sem-sem lepas... hehe.. INSYA-ALLAH, semoga berjaya... :)

THE "NOT-TO-DO" LIST


sepanjang semester ni, "puasa" fb.. hehe
tapi blog masih jalan... (^__^)







Kurangkan tidur... 
bangun awal walaupun hari cuti...
ehemm... ^^,






Do not  BURN THE MIDNIGHT OIL












Harap2 dapat elak la buat benda2 ni sume, hi3..


THE THINGS THAT I SHOULD DO 

*banyakkan solat sunat
*banyakkan baca al-Quran, al-ma'thurat
*siapkan assignment secepat mungkin b4 dateline
*tidak tangguhkan kerja
*kemas bilik
*jumpa lecturer
*riadah 
 

Tugasan-tugasan ini bukan semata-mata dilakukan demi tugas sebagai  pelajar, tetapi untuk membentuk pribadi muslim yang BERDISIPLIN, INSYAALLAH... (^_____^)





5.22.2012

DAKWAH : "MAGNET-MAGNET" SELEBRITI

“MAGNET-MAGNET” SELEBRITI

Magnet ialah sejenis benda yang mempunyai daya tarikan kepada benda2 tertentu seperti bahan metalik.  So, what??

Dalam dunia dakwah, seorang DAIE yang bertindak sebagai “magnet” seharusnya mempunyai daya tarikan tersendiri untuk menarik golongan mad’u mengikut kembali kpd ajaran al-Quran & as-Sunnah.

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai golongan artis (penyanyi/pelakon) berhijrah ke jalan-Nya. Tak kira rockers @ dangdut singer @ actors, akhirnya mereka kembali kepada jalan sebenar-benarnya… Siapa sangka, hidayah milik Allah Taala sepenuhnya..

Baru-baru ini, saya terbaca artkl tentang artis2 yg mula bertudung (hijrah).. dan disini saya nak kongsi kisah pengalaman mereka yg membawa mereka terbang ke “alam penghijrahan”…  sebenarnya ramai lagi artis yg telah berhijrah, tetapi saya sempat jumpa yg ni je..,,

1.    Catriona Ross..

Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.
Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.
"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.
"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.
"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.
Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.
"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.
"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.
"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya.
Alhamdulillah
 saya bunting. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?
"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

2.   Irma Hasmie..

“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima. “Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.
“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia
Berdoa di Mekah. Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.
“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.
“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta. “Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.


3.   Abby Abadi...

Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.
Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

4. Diana Amir...

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”
“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”

Alhamdulillah... harap2 mereka juga akan bertindak sebagai “MAGNET” untuk menarik artis2 lain supaya mengikut jejak langkahnya.. Semoga kita sentiasa istiqomah berada di jalan dakwah ini...

5.17.2012

DAKWAH : HOWEVER, WE ARE IN "1 GOAL"



       Biasanya saya asyik dengar soalan “masalah ummah” yang berbunyi :

“bagaimana nak memahamkan orang-orang tertentu (mad’u) kepada pemahaman Islam sebenar…??”


BUT…

persoalan saya disini adalah…

"bagaimana nak memahamkan golongan2 tertentu (terlalu syadid) (A) terhadap method dakwah yg digunakan oleh org2 tertentu (B) …??”

golongan (A) seharusnya kena faham akan method dakwah yg hendak disampaikan oleh (B)…
Kadang2 kita lihat caranya giler-gilertapi hasilnya
terSANGAT lah  “AWESOME”… (^^,)

Contohnya (B) nak guna pendekatan (dakwah) kepada golongan2 remaja terutamanya… then, (B) menganjurkan 1 program di mana tajuk program tu (contoh)

“SUMMER CAMP MUSLIMAH AWESOME”

erm… mungkin bunyi (summer) nya agak “kebaratan” sedikit, tapi ni adalah salah satu tarikan yg sesuai untuk menarik mereka untuk join program tersebut. Walaupun tajuk nya nampak “x islamik”, tapi pengisian dan tujuan camp ini tetap dipenuhi aktiviti yang “ILMIAH”…


golongan (A) x seharusnya memandang usaha dakwah  (B) hanya “main2” atau “x serius” dalam berdakwah, NO!!... Tidak sama sekali…

Masing2 pendekatan ada kelebihan…

JADILAH PENDAKWAH YANG "MESRA MAD'U"
 

“Cara yang berbeza tetapi dengan membawa misi yang sama…”

Hanya sekadar pandangan… J






5.16.2012

DAKWAH : ANALOGI "LENSA KAMERA"

ANALOGI “LENSA KAMERA…”??

 Lensa Kamera??  Jenis Kamera??  Photographer??

APA  KAITANNYA  DENGAN  DAKWAH..??

Seperti apa yang telah saya post di “FB” pada 12 Mei lalu,

Saya menyatakan :-

“LENSA KAMERA” haruslah digunakan bersesuaian dengan jenis sesebuah “KAMERA” itu, sama seperti seseorang “DAIE” (pendakwah) yang perlu “BIJAK & KREATIF” menggunakan “METHOD DAKWAH” yang sesuai kepada setiap golongan “MAD’UNYA

Inilah benda yang saya nak sampaikan,  seperti yang kita ketahui, untuk berdakwah, perlu bina strategibukan hanya sekadar “BAKOR JEE” hehe

RASIONALnyaa
sebab terdapat banyak golongan mad’u yang datang daripada pelbagai latar belakang (masalah) Saya juga merupakan golongan mad’u, So, untuk berdakwah kepada saya, kalian perlu tahu apa sebenarnya permasalahan jiwa yg dialami oleh saya, kenalpasti baik2, kemudian susun strategi bagaimana untuk me”REMOVE” @ menyelesaikan  permasalahan dalam diri saya.. penyakit apakah yg melanda diri saya ini, .. Then, pandai2lah meng”APLIKASI”kan strategi yg dibina tadi ke atas diri saya.. asalkan bersesuaian dan boleh diterima begitu juga untuk mad’u2 yg lain Apa yang penting???
“DAKWAH BILHIKMAH”


TAPI
Hidayah milik mutlak ALLAH SWT segala2nya milik-NYA kita hanya mampu berusaha menarik golongan ini (termasuk diri saya sendiri) dalam proses “PENGHIJRAHAN” DOA itu mestilah tidak putus2… ­


PELAJAR IPT JADI ULTRAMAN...???


MASA ITU EMAS...

MASA IBARAT PEDANG...
 
Di kolej, kita habis-habisan menjaga masa, buat sst yg bermanfaat, cuba utk mendisiplinkan diri dgn ikut jadual yg ditetapkan...                                       

*************************************************


Kadang2 saya ada jgk terbaca status @ jawapan2 yg apabila ditanya buat apa cuti sem ni??  :
Kebanyakan jawapannya :
                                   "Makan,tidor,makan,tidor.."
                                   "Makan,game,lepak,makan,game,lepak.."

     Adusss....!!!    

PELAJAR YG BERDEDIKASI & BERDISIPLIN DI "KOLEJ" automatically BERTUKAR JADI MANUSIA YG X TERURUS & X BERDISIPLIN BILA DI RUMAH...???? Macam ultraman..
Penyakit apekah yg melanda diri pelajar ini??

Kebiasaan..!!
Bila balik cuti semester, MASA yg digunakan pelajar2 ini mula tidak terurus...mungkin penat akibat "STUDY" kott..mungkinlaa... tapi x kan la 24 jam nak jam kan OTAK dgn benda2 yg x bawa manfaat ni..ok!..mungkin sehari dua selepas balik rumah tu, mungkin agak keletihan .. ia mgkin blh dipertimbangkan...


Masuk minggu ke-2 , (dalam mood cuti) xde benda nk buat, so, main game, on9 FACEBOOK@TWITTER,  
makan, tidor, makan, tidor...!! itulah kitaran jadual yg x terurus!! 
Di mana bayangan "MASA" yg selalu kita manfaatkan di kolej dulu?? kenapa tak teruskan saja menjaga masa tu?? cubalah mendisiplin kan masa ..Contohnya tolong ibu buat kerja rumah, baca buku ilmiah,.. atau....... belajar memasak...hehe... (^^,)

Dan proses PENDISIPLINAN masa ni bukan lah berniat nk BLOCK buat xtvt yg santai2 spt, fbook @ game..tapi pandai2lah membahagikan masa, mungkin masa cuti perlukan utk rehat kan otak tp bukan untuk MENUTUP TERUS OTAK ITU..!!

Errmm... aCtuaLly, Rutin ni adalah kebiasaan saya bila CUTI SEMESTER... tibe2 timbul KESEDARAN dalam diri saya tentang MASA... Sungguh banyak masa yg tlh saya sia2kan, ibarat "membeli sesuatu barang yg x bermanfaat dengan harga yg mahal..."~ Saya taknak membelenggukan diri dalam "situasi lemas" ini..

Kata nak jadi HEBAT (PEJUANG AGAMA) macam Sultan Muhammad al-Fateh, Salahuddin al-Ayubi, tapi tgk sendirilah apa yg telah kita buat...
kALau lah saya berada di zaman mereka, mungkin saya orang PERTAMA yg di"REJECT" untuk menyertai peperangan dgn mereka..sbb yg dipilih itu orang yg HEBAT2 belaka..yg x pernah tinggal solat sunat,tahajud,..saya ???

Ingat!!   masa bukan hanya untuk dimanfaat di IPT shj, tapi di mana2 sj anda berada...!!


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..., insyaAllah...!!  (^___^)






5.11.2012

MEN...!! BISAKAH KALIAN BERLAKU ADIL...???

Bimillahirrahmanirrahim……

EHEM…. Adil?? Kalau dgr perkataan “adil” mesti semua guess yg saya akn cakap pasal “POLIGAMI”…hihi (^__^)
Actually, request di atas saya dedicate kpd lelaki2 yg suka letak gambar2 mereka dlm FB @ mana2 social sites yang lain, “gambar2” disini sy maksudkan gambar yg menunjukkan bila “dia” ni bergambar, boleh menyebabkan seorang muslimah ni terlalu asyik melihat photo encemnye… kadang2 membuat aksi yg boleh menarik perhatian muslimah… pastu letak gambar besar2 , so CLEAN & CLEAR... walaupun org tu “berkopiah” sekalipun, ianya hanya menyajikan makanan kepada mata2 muslimah semata2, muslimah yg berpurdah sekali pun boleh terangsang dengan melihat gambar tersebut, ingat lah!! Mereka bukannya malaikat yg tiada hawa nafsu..
Mesti pelikkan……..
biasanya muslimin yang menegur muslimah bab2 gambar ni.., Mungkin ramai yg terlepas pandang tentang masalah ni atau hanya memandang enteng shj… tapi muslimin kena bersikap “ADIL” lah … masing2 x lekang dari diuji dengan “zina mata & zina hati” (sape yg boleh tahan dgn ujian ni, sy mmg tabik springggg laa)….. mElihat keadaan skrg ni, ramai yg berbuat demikian… begitu terSEKSA jiwa muslimah yg melihatnya.. bukannya sengaja nk tgk, tapi “ter”tengok…lepas tertengok, mestilah nk tengok beberapa kali dgn sokongan padu & mantap oleh syaitan…!
maaf sekiranya saya agak keterlaluan, tapi benda ni kalau x dielakkan, mungkin ianya akan menjadi barah di hati … pedih .. seriously..!!
so, berpada2lah letak gambar tu ea, jgn ter”OVER” sgt… dah tau kite ni ramai peminat (kononnya) elakkan la letak gambar besar2…
Biarlah kita sama2 menjaga… (^__^)
Peringatan untuk saya, all ummat Nabi Muhammad saw…!!