Social Icons

Pages

Featured Posts

7.12.2012

GAZA ITU MEMANGGILMU...!! -drmaza

GAZA ITU MEMANGGILMU!!

Tangisan itu memanggilmu,
Ratapan itu merayumu,

Suara wanita yang tidak bermaya,
Jeritan si kecil yang tidak berdosa,
Ratapan si tua yang tidak berdaya,

Darah pemuda yang ditumpah,
Nyawa perwira yang dimamah,
Kau biarkan mereka dilapah,

Suara sayu memanggilmu,
Bumi GAZA yang diserbu,
Dek bangsat yang penuh muslihat,
Tentera khianat yang dilaknat,

Tergamaknya kau bersahaja,
Cuma menjadi penonton setia,
Sedangkan tanah GAZA dibunuh percuma,
Tanpa kau rasa duka airmata dosa,
Membiarkan mereka dihina derita,
Manakah janjibahawa kita bersaudara,

Darah GAZA akan nenuntutmu di hari muka,
Kerana kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan,

Bangkitlah dengan keinsafan,

Hulurkan tangan pertolongan,

Demi Tuhan !! 
Buat PALESTIN yang ditawan..!!

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN,
Lampeter, wales, uk.
11.1.09


6.09.2012

AIR SUAM vs AIS vs MESIN "DD"

  Budaya pelajar IPT yang mungkin kita terlepas pandang Kerap kali kita sering beli atau minum minuman ber”AIS”Kadang-kadang tak minum langsung air suam @ air masak walaupun dalam sehari.Memang tidak dinafikan begitu nikmatnya minum minuman sejuk tapi mesti ingat sedap tu sementara je, tapi kalau dah jatuh sakit takut lama menderitanaudzubillah

Satu  lagi, Mesin Degung-Degang as known as “MESIN DD”. Hehe dalam mesin tu punye lah banyak air ber-GAS, (bikarbonat) ..
Kalau di sekolah menengah terdapat banyak mesin DD, tak mustahil kalau IPT pun juga ada.X payah minum la, lagipon , COCA-COLA & PEPSI Twist kan kena boikot.. (^___^)Sama-sama la jaga kesihatan, jaga hak tubuh badan, semuanya milik Allah, kita belajar agama, tapi tubuh badan sendiri tidak terjaga, MILIK ALLAH SWT semuanya jagalah ia sebaik mungkin, insyaAllah
!!