Social Icons

Pages

7.12.2012

GAZA ITU MEMANGGILMU...!! -drmaza

GAZA ITU MEMANGGILMU!!

Tangisan itu memanggilmu,
Ratapan itu merayumu,

Suara wanita yang tidak bermaya,
Jeritan si kecil yang tidak berdosa,
Ratapan si tua yang tidak berdaya,

Darah pemuda yang ditumpah,
Nyawa perwira yang dimamah,
Kau biarkan mereka dilapah,

Suara sayu memanggilmu,
Bumi GAZA yang diserbu,
Dek bangsat yang penuh muslihat,
Tentera khianat yang dilaknat,

Tergamaknya kau bersahaja,
Cuma menjadi penonton setia,
Sedangkan tanah GAZA dibunuh percuma,
Tanpa kau rasa duka airmata dosa,
Membiarkan mereka dihina derita,
Manakah janjibahawa kita bersaudara,

Darah GAZA akan nenuntutmu di hari muka,
Kerana kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan,

Bangkitlah dengan keinsafan,

Hulurkan tangan pertolongan,

Demi Tuhan !! 
Buat PALESTIN yang ditawan..!!

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN,
Lampeter, wales, uk.
11.1.09